- Perihal Sukan ( Cara permainan / Persediaan padang @ gelanggang / Undang-undang DLL) * Pengemaskinian
- Jenis Sukan : * Pengemaskinian
- Futsal
- Bola Jaring
- Dart
- Carom
BOLA JARING
Pakaian :
Huruf-huruf berikut disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju
pemain :
GS - Penjaring Gol ( Goal Shooter )
GA - Penyerang Gol ( Goal Attack )
WA - Penyeran Sayap ( Wing Attack )
C - Pemain Tengah ( Centre )
WD - Penangkis Sayap ( Wing Defence )
GD - Penahan Gol ( Goal Defence )
GK - Penjaga Gol ( Goal Keeper )
PERATURAN PERTANDINGAN KAROM
1.0. BOARD/PAPAN KAROM
1.1 Ukuran papan karom “29 x 29”.
1.2 Buah: 9 biji putih, 9 biji hitam dan 1 biji merah.
1.3 Permukaan papan karom bukan DARIPADA JENIS YANG BERKILAT.
1.4 Striker (Ukuran) boleh masuk keempat-empat poket melalui permukaan board:
1.4.1 Tidak boleh diletakkan benda bagi menambahkan berat timbangan kecuali sebagai tanda dengan syarat mendapat kebenaran daripada pengadil/penganjur pertandingan.
1.5 Cara bermain dinamakan ’SABOTAJ’ atau mematikan buah lawan secara terus atau sebaliknya.
2. MEMBUAT PUKULAN
2.1 Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak memasuki permukaan board.
2.2 Siku atau badan tidak boleh melebihi UFUK ketika membuat pukulan.
2.3 Bila menggunakan bulatan UFUK (MOON) pemain mestilah menutupi bulatan penuh (FULL MOON) dan tidak menyentuhi garisan ARROW.
2.4 Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan.
2.5 Pemain diberi masa 20 saat untuk membuat pukulan, jika melebihi masa tersebut pemain akan kehilangan giliran.
3. PENYERTAAN
3.1 Semasa permainan, sekiranya terdapat buah yang terpelanting keluar, buah tersebut mestilah diletakkan di bulatan merah tengah, jika terdapat buah lain di tengah bulatan merah, buah yang terpelanting mestilah diletakkan di atas buah yang sedia ada.
3.2 Buah Karom keluar dan meniti di atas bingkai lalu jatuh semula ke dalam permukaan board dikira masih dalam permainan.
4. BOARD/PAPAN KAROM
4.1 Jika striker masuk poket sedangkan buah pemain masih maksima (9 biji) tiada denda dikenakan (jika tiada buah yang telah masuk sebelumnya dan denda dikenakan akibat mana-mana kesalahan menjadikan jumlah sembilan biji semula).
4.2 Denda dua biji dan giliran masih diteruskan bila memasukkan buah dan striker serentak ke dalam poket kecuali buah yang terakhir.
4.3 Denda satu biji dan hilang giliran sekiranya striker masuk ke dalam poket.
4.4 Denda satu biji dan hilang giliran jika memukul buah yang sedia ada MATI dengan tiada ’connection’.
4.5 Denda satu biji dan hilang giliran jika tersentuh mana-mana buah sama ada hidup atau mati semasa dalam permainan.
4.6 Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan atau pengadil dalam ruang bulatan MERAH tetapi tidak ditengah bulatan merah. Jarak meletak buah DENDA adalah sekadar tidak menyentuhi buah lain yang sedia ada di ruang tengah.
5. LAIN-LAIN HAL
5.1 Penggunaan Power Karom dibenarkan semasa dalam perlawanan dijalankan dengan persetujuan pihak lawan.
5.2 UJIAN STRIKER tidak dibenarkan semasa permainan sedang berlangsung.
5.3 Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang dijalankan.
5.4 Ketika pemain membuat pukulan didapati STRIKERnya terlepas tetapi tidak melebihi DUA GARISAN UFUK ia diberi peluang sekali lagi untuk meneruskan gilirannya.
5.5 Pemain tidak dibenarkan menukar buah kecuali buah itu terpelanting keluar dari permukaan board.
5.6 Buah atau set yang ada di dalam permainan tidak boleh disentuh atau diubah daripada tempat asal kecuali pengadil sahaja yang berhak membuat begitu atas sebab-sebab tertentu.
5.7 Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan dan meminda sebarang SYARAT/UNDANG-UNDANG/PERATURAN KAROM, maka keputusan akan dirujuk kepada jemaah pengadil yang mana keputusannya adalah muktamad.
6. HAD MASA PERMAINAN
6.1 Had masa tidak dihadkan pada setiap set bagi semua acara.
6.2 Buah merah akan dikeluarkan oleh pengadil selepas pecahan pertama dimulakan bagi setiap permainan.
6.3 Mana-mana pemain yang memasukkan buah karom ke dalam poket dan habis dahulu dikira sebagai pemenang.
7. DISIPLIN PARA PEMAIN
7.1 Pemain tidak dibenarkan makan, minum dan merokok semasa perlawanan berlangsung.
7.2 Pemain tidak dibenarkan mengganggu pihak lawan semasa membuat pukulan.
7.3 Pemain tidak dibenarkan berdiri/meninggalkan tempat duduknya semasa pihak lawan hendak membuat pukulan, begitu juga pemain sendiri tidak dibenarkan berbuat demikian dalam bentuk apa jua keadaan dan tujuan tanpa kebenaran pengadil.
7.4 Pemain mestilah mengikut arahan pengadil.
7.5 Pemain dilarang berbincang semasa lawan membuat pukulan bagi acara bergu tanpa keizinan pengadil.
7.6 Tunjuk ajar dari penyokong adalah dilarang.
7.7 DENDA akan dikenakan kepada pemain-pemain yang melakukan setiap kesalahan.
8. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN KAROM
8.1 Permainan akan dijalankan dalam 1 kategori sahaja iaitu terbuka. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar lapan (8) peserta.
8.2 Permainan dijalankan secara berpasukan.
8.3 Pemain yang datang lewat 15 minit dari masa ditetapkan akan dikira kalah.
8.4 Pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam satu permainan.
9. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
9.1 Tiga (3) Perseorangan
9.2 Dua (2) Bergu
10. ATURAN PERMAINAN BIASA
10.1 Perseorangan Pertama
10.2 Bergu Pertama
10.3 Perseorangan Kedua
10.4 Bergu Kedua
10.5 Perseorangan Ketiga
FUTSAL
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan, dengan memanipulasi bola dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap regu juga diizinkan memiliki pemain simpanan. Tidak seperti permainan sepak bola dalam ruangan lainnya, lapangan futsal dibatasi garis, bukan net atau papan.
Futsal turut juga dikenali dengan berbagai nama lain. Istilah "futsal" adalah istilah internasionalnya, berasal dari kata Spanyol atau Portugis, futbol dan sala.
Sejarah
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brasil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. Futsal The Rule of The Game
Peraturan
Lapangan permainan
- Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m
- Garis batas: garis selebar 8 cm, yakni garis sentuh di sisi, garis gawang di ujung-ujung, dan garis melintang tengah lapangan; 3 m lingkaran tengah; tak ada tembok penghalang atau papan
- Daerah penalti: busur berukuran 6 m dari setiap pos
- Garis penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang
- Garis penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawang
- Zona pergantian: daerah 6 m (3 m pada setiap sisi garis tengah lapangan) pada sisi tribun dari pelemparan
- Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m
- Permukaan daerah pelemparan: halus, rata, dan tak abrasif
Bola
- Ukuran: 4
- Keliling: 62-64 cm
- Berat: 390-430 gram
- Lambungan: 55-65 cm pada pantulan pertama
- Bahan: kulit atau bahan yang bersesuaian lainnya (iaitu bahan tak berbahaya)
Jumlah pemain ( satu pasukan)
- Jumlah pemain maksima untuk memulai pertandingan: 5, salah satunya penjaga gawang
- Jumlah pemain minima untuk mengakhiri pertandingan: 2 (tidak termasuk cedera)
- Jumlah pemain simpanan maksima : 7
- Jumlah pengadil : 2
- Jumlah penjaga garisan: 0
- Had jumlah pergantian pemain : tiada had
- Metode pergantian: "pergantian terus " (semua pemain kecuali penjaga gawang boleh memasuki dan meninggalkan lapangan bila-bila masa saja; pergantian penjaga gawang hanya dapat dilakukan jika bola tak sedang dimainkan dan dengan persetujuan pengadil )
Jangkamasa permainan
- Tempoh normal: 2x20 minit
- Masa istiharat: 10 minit
- Masa tambahan waktu: 2x10 minit
- Ada penalti (maksima 3 gol) jika jumlah gol kedua pasukan seri setelah masa tambahan selesai
- Time-out: 1 perpasukan per babak; tak ada dalam waktu tambahan
- Waktu pergantian : maksima 10 minit
Kejuaraan futsal terkemuka
Piala Dunia Futsal FIFA
- 1989 (di Rotterdam, Belanda): dimenangkan Brasil
- 1992 (di Hong Kong): dimenangkan Brasil
- 1996 (di Barcelona, Spanyol): dimenangkan Brasil
- 2000 (di Guatemala): dimenangkan Spanyol
- 2004 (di Taiwan): dimenangkan Spanyol.
- 2008 (di Brasil): dimenangkan Brasil.
Piala Dunia Futsal AMF
- 1982 (di Sao Paulo, Brazil): dimenangkan Brazil
- 1985 (di Madrid, Spanyol): dimenangkan Brazil
- 1988 (di Melbourne, Australia): dimenangkan Paraguay
- 1991 (di Milan, Italia): dimenangkan Portugal
- 1994 (di Argentina): dimenangkan Argentina
- 1997 (di Meksiko): dimenangkan Venezuela
- 2000 (di La Paz, Bolivia): dimenangkan Kolombia
- 2003 (di Paraguay): dimenangkan Paraguay.
Ukuran gelanggang futsal ( fifa ) :